Entah mana silapnya, tak siapa yang tahu. Barangkali yang lebih arif ialah mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang hindu, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf). Mereka pasti tahu kerana mereka dari kalangan yang tampil kehadapan melakukan kerja yang orang tak pernah buat.
Kenapa mereka ni begitu berani dan biadap? Saya rasa ini kita boleh jawap. Pertama nya kerana mereka sudah naik muka. Naik muka kerana mereka ni diberi muka oleh Perdana Menteri sendiri. Malah tiada tindakan tepat diambil.
Selepas tahun 2004, bila saja BN menang 90% undi melalu Pilihanraya Umum ke 11, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas nama keterbukaan memberi laluan kepada sesiapa saja untuk membincangkan isu-isu sensetif waima isu 121 dan 153.
Ekoran dari kenyataan itu maka ramai lah ahli Parlimen membincangkan perkara ini secara terbuka baik dari kalangan pembangkang maupun dari kalangan komponen Barisan Nasional sendiri.
Pemimpin Melayu dari UMNO bermati-matian mempertahankan Konsep Ketuanan Melayu, Bahasa Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan bumiputera. Manakala pemimpin PAS dengan teliti menghentam apa yang dipertahankan oleh UMNO. Jelas menunjukkan pemimpin PAS sedang cuba meninjau keuntungan politik. Atau dengan lain perkataan pemimpin PAS juga adalah dari kalangan ‘opportunist’.
Pemimpin DAP memulakan kempen kebencian masyarakat Cina terhadap pemerintah, UMNO dan orang Melayu.
Manakala rakan-rakan komponen BN dari kalangan masyarakat Cina tidak berbuat apa-apa menjelaskan isu ini.
Di ketika ini lah masyarakat India di guna pakai oleh pemimpin keadilan untuk kepentingan politik Anwar Ibrahim.
Apabila Kerajaan gagal menangani Hindraf, MIC pun dibenci oleh orang India, maka Kerajaan serba sedikit tunduk kepada mereka ini. Kita seolah-olah gagal melihat bahawa Hindraf ialah mainan politik orang India dan kebetulan Anwar Ibrahim jadi pak sanggup menunggangi mereka. Itu senario tahun 2004.
Kini, bila pembangkang yang juga dianggotai oleh mereka yang terbabit dengan Hidraf kelihatan bertempat dan menduduki beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri DUN, puak-puak India ini semakin menunjukkan garang mereka walau pun dalam bentuk yang sangat tidak bermoral dan biadap.
Di seluruh negara orang Melayu sangat marah dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat India yang berada dalam pertubuhan HARAM ini. Saya melihat masyarakat peribumi wajib merasa tersinggung dengan sesiapa saja yang cuba memperlekehkan agama dan adat istiadat bangsa Melayu.
Melayu dikenali sangat toleran. Dari zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi Melayu sudah mengamalkan semangat kasih sayang dan hormat menghormati terhadap pedagang dan mualim dari benua India dan juga Parsi serta Cina. Melayu di Tanah Melayu ini sangat di ketahui umum sebagai bangsa yang beradab. Ironi nya mereka yang datang dari benua Cina dan benua India ketika itu bijak menyesuaikan diri dalam masyarakat Melayu.
Tapi itu dulu. Bila mereka sudah ramai dan mempunyai kelyakan seperti doktor, peguam dan pedagang nampaknya lagak mereka mula berubah. Mereka meniru niru lagak lagak pelakon dalam filem keluaran benua India. Tiada lagi rasa sopan dan hormat menghormati.
Kemuncaknya Abdullah Badawi dan pemimpin-pemimpin UMNO menjadi cabaran dan tumpuan kebiadapan mereka ini.
Apakah tindakan kita.
Sebenar nya HINDRAF sebagai pertubuhan haram tidak perlu di layan. Pertubuhan lain masih banyak malah MIC masih ujud. Kalau barangkali MIC tidak berkesan, ianya bukan salah Barisan Nasional atau Perdana Menteri. Pemimpin MIC harus di tukar. Ini tanggung jawab orang-orang India keseluruhan nya.
Mereka yang menyalahgunakan demokrasi dan melanggar akta ketenteraman awam mesti di ambil tindakan segera. Jangan biarkan api dalam sekam yang akan membakar seluruh negara.
Sebanyak dua puluh lima negara masih menggunakan akta seperti ISA. Dimana silapnya kita menggunakan ISA? Apakah selepas negara hancur dan pertumpahan darah serta ekonomi hancur baru tindakan wajar diambil.
Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan mencegah jauh lebih baik dari mengambil tindakan selepas berlaku nya petaka.
Pendekkan cerita, budak-budak dan samseng-samseng yang sedikit ini yang terbabit dengan sikap kurang ajar dan biadap ini harus diingatkan bahawa agama Islam, Budha malah Hindu tidak mengajar penganutnya kurang ajar. Kelemahan manusia yang menjadikan mereka biadap.
Oleh kerana mereka ini nama nya manusia, satu bentuk pengajaran wajib di buat. Atas nama kasih sayang dan pendidikan, yang di tahan terus di tahan, malah yang di luar ini yang merosakkan keharmonian dan keselamatan juga wajar diambil tindakan segera.
Kalau mereka merasa bongkak konon nya ada Anwar Ibrahim yang membela mereka sehingga sanggup mendirikan ‘patung berhala’ baru di Batu Caves, mereka adalah dalam keadaan tertipu. Kenali Anwar dan anda akan lari meninggalkan nya.
Melayu melalui UMNO hendak lah meperkukuhkan diri. Eratkan perpaduan dan ukhuwah dalam UMNO. Pemuda jangan hilangkan taring dan bisanya. Soal diri sendiri. Dimana laongan langkah mayat pemuda......
Kepada orang-orang Melayu sama ada dalam PAS, UMNO atau mana-mana aje diminta terus bersabar. Tetapi pastikan hadnya tidak melebihi adat. Kepada rakan-rakan orang-orang India juga di harap terus bersabar dengan orang India sendiri. Kemarahan anda kepada segelintir masyarakat India akan memburukan keadaan. Orang Cina pula jangan babitkan diri mengambil kesempatan.
Tentu tidak manis kalau kita pula ke Batu Caves pada hari Deepavali secara berkumpulan membawa sepanduk menuntut agar HINDRAF di beri pengajaran, diharamkan dan dinyahkan. Tentu ini akan mencemarkan sambutan Deepavali. Jangan lah pendekkan daya pemikiran kamu wahai rakan-rakan pertubuhan haram ini.
Sementara itu ahli-ahli HINDRAF digesa tinggalkan pertubuhan HARAM ini. Anda sedang bermain api yang akan membakar diri. Tali yang ada juga akan melilit lihir sendiri.
Berwaspada lah.
No comments:
Post a Comment